Sabtu, 9 Oktober 2010

BERIMAN KEPADA NABI & RASUL by:ikhtiar

Setiap manusia memerlukan pemimpin untuk membawa mereka ke jalan yang benar,menunjuk kearah kesejahteraan dan kejayaan.Seorang anak memerlukan bapa,seorang murid memerlukan guru dan seorang pekerja memerlukan penyelia dan majikannya.Maka Allah telah melantik dan mengutuskan nabi dan rasul dalam kalangan manusia itu sendiri bagi memimpin dan menunjuki manusia kearah kebaikan serta menyeru mereka supaya berakhlak mulia.
Nabi dan rasul adalah utusan Allah yang diberi wahyu kepada dirinya.Mereka dalam kalangan manusia yang terpilih,seorang lelaki dan bersifat seperti manusia biasa yang memerlukan makan,minum,tidur,berkawan,buang air dan sebagainya.Bagaimanapun,mereka ini mempunyai darjat yang tinggi serta dimuliakan di sisi Allah,bersih daripada sifat-sifat buruk,dosa dan tercela (maksum) serta diberikan ilmu dan hikmah.
Para rasul itu adalah dalam kalangan nabi.Nabi tidak semestinya akan menjadi rasul kerana rasul menerima wahyu daripada Allah SWT dan diamanahkan menyampaikan wahyu serta memimpin umatnya kearah mentauhid dan beribadat kepada Allah Taala.Nabi hanya menerima wahyu untuk dirinya sendiri dan tidak perlu menyampaikan kepada umatnya.
Jumlah nabi dan rasul adalah ramai,hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.Walau bagaimanapun,terdapat 25 orang rasul yang wajib kita ketahui,iaitu:

1.Adam a.s                       8.Ismail a.s                 15.Musa a.s               22.Zakaria a.s
2.Idris a.s                         9.Ishak a.s                 16.IIyasa’ a.s            23.Yahya a.s
3.Nuh a.s                          10.Ya’kub a.s                               17.Zulkifli a.s       24.Isa a.s
4.Hud a.s             11.Yusuf a.s             18.Daud a.s   25.Muhammad SAW
5.Soleh a.s     12.Ayub a.s                                   19.Sulaiman a.s
6.Ibrahim a.s     13.Syu’aib a.s                               20.IIyas’ a.s
7.Lut a.s            14.Harun a.s                                 21.Yunus a.s